PENDEKATAN STRUKTURAL
Merupakan satu pendekatan yang paling klasik. Kelemahannya, corak pengajaran terlalu menitikberatkan aspek stuktural sehingga boleh menimbulkan kebosanan. Menurut Chua (1997), pendekatan ini sangat berkesan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran namun ia mengabaikan aspek teks yang indah dan tersirat. Amalan pendekatan yang terlalu sempit menyebabkan KOMSAS akan lebih berorientasikan peperiksaan. Pelajar hanya belajar sekadar untuk lulus peperiksaan sahaja.
PENDEKATAN BERFOKUS
Diperkembangkan oleh Unit Bahasa Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1984. Pendekatan ini memberikan tumpuan terhadap satu struktur tertentu dalam karya. Pendekatan berfokus ini juga dapat menjimatkan masa guru dan pelajar kerana mereka tidak perlu membincangkan semua aspek dalam semua karya.
PENDEKATAN MENGALAMI DAN MENGHAYATI
Guru bukan lagi memberi makna yang mutlak tetapi perlu berfungsi sebagai fasilitator yang memandu interaksi pelajar dengan bahan sastera. Pendekatan ini diasaskan oleh satu teori yang amat mementingkan pengetahuan latar atau skema sebagai dasar dalam proses pembelajaran. Pelajar diajar untuk mengaitkan pengalaman, budaya hidup, persekitaran, dan pengetahuan sedia ada. Pendekatan ini juga merupakan pendekatan yang mengutamakan pengalaman pelajar yang dibawa ke bilik darjah dan bagaimana pengalaman sedia ada dapat membantu pelajar memahami karya sastera tersebut.
PENDEKATAN HOLISTIK
Tujuan pendekatan ini adalah untuk mengembangkan potensi individu dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan. Pelajar diharapkan dapat menjadikan dirinya sendiri iaitu dikenaliu sebagai learning to be. Pelaksanaan mengajar membaca secara holistik perlu bermula pada peringkat awal yang membabitkan penyertaan pelbagai pihak termasuklah pelajar itu sendiri, guru, ibu bapa dan masyarakat sebagai usaha memperoleh manfaat yang sepenuhnya.
Teks yang digunakan dalam bahan bacaan ialah teks autentik iaitu teks dalam bentuk penerbitannya yang sebenar. Pergantungan semata-mata pada buku teks di dalam kelas akan mengehadkan pembacaan terhadap bahan yang tidak lengkap dan telah diubah suai dengan keperluan dan kepadatan runag dalam buku teks tersebut. Jadi, guru haruslan menggunakan buku dalam bentuk penerbitan supaya para pelajar dapat menghalusi pemikiran penulis lebih mendalam.
PENDEKATAN WHOLE LANGUAGE
Pandangan tentang belajar dan cara mendorong proses tersebut agar pelajar dapat membaca secara efektif dan efisien sehinggalah dapat mencapai hasil optimalnya (Weaver, 1990). Satu pendekatan dalam pengajaran bahasa dikembangkan berdasarkan kepada pelbagai wawasan dan hasil penelitian dari pelbagai bidang ilmu antara lain ialah pemerolehan bahasa dan pemgembangan membaca dan menulis dan lain lagi (Goodman, 1986).
Guru melaksanakan aktiviti kurikulum yang sudah dirancang dan disiapkan secara terperinci. Murid akan memahami informasi yang disampaikan oleh guru secara langsung. Murid juga akan aktif dalam memahami dan menghayati pemahaman dan penghayatan proses pembacaan. Antara kaedah mengajar membaca adalah seperti:
i) Membaca Bebas
ii) Membaca secara Berkoperatif
iii) Membaca dengan Panduan Guru
iv) Berkongsi Membaca
v) Membaca Lantang
Membaca bebas merupakan keadaan di mana pelajar terlebih dahulu membaca keseluruhan bahan bacaan yang dipilih oleh mereka. Pelajar berpeluang untuk membaca bahan yang dipilih daripada sekumpulan bahan yang disediakan oleh guru manakala aktiviti bacaan yang dijalankan dalam bilik darjah dikawal oleh guru seberapa minimum yang mungkin. Perkara yang perlu ditegaskan dalam kaedah ini adalah arahan awal supaya pelajar dapat membuat persediaan awal sebelum membaca seperti menyediakan soalan-soalan sebelum , semasa dan selepas membaca sendiri bahan tersebut.
PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA SECARA BERPUSATKAN PELAJAR
Kaedah ini diaplikasikan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama dalam aspek membaca dan menggalakkan pelajar untuk menjadi aktif dan tidak pasif. Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu para pelajar dalam menjalankan pendekatan dalam membaca sama ada secara berkumpulan mahupun individu.
Pendekatan ini tidak bermakna para pelajar akan menentukan apa yang ingin dipelajari atau lakukan tetapi juga pendekatan berperanan sebagai menginterpretasi dengan pelajar dalam memilih tajuk bacaan, kaedah membaca yang ingin digunakan oleh mereka serta aktiviti yang mereka ingin lakukan.
PRINSIP MENGAJAR MEMBACA BERPUSATKAN PELAJAR
Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbangan utama dalam proses mengajar membaca. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dirancang untuk melibatkan pelajar secara aktif, di mana guru hanya berperanan sebagai fasilitator. Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberikan keutamaan. Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri.
PENAMPILAN LITERASI DAN PENGUASAAN BAHASA
Konsep penampilan literasi telah dicetuskan daripada pelbagai kajian yang dijalankan oleh M.M Clay (1967), iaitu seorang tokoh yang berasal dari New Zealand. Kajian yang dijalankan menekankan aspek penguasaan bahasa dan tabiat membaca pada peringkat awal kanak-kanak sehinggalah awal remaja. Kanak-kanak membina kemahiran membaca dan menulis tanpa titik permulaan atau pengakhiran. Kedua-dua kemahiran ini terbina secara serentak dan saling bergantung antara satu sama lain tanpa urutan yang tertentu. Proses bermula sebelum memasuki alam persekolahan, diperolehi melalui pengalaman dan aktiviti di sekeliling. Pembelajaran ini melibatkan proses komunikasi seperti membaca, menulis, bertutur, mendengar dan berfikir.
Kanak-kanak akan menguasai tatabahasa asas bahasa ibundanya sebelum mencapai usia tiga tahun. Wujud perbezaan bahasa antara kanak-kanak. Secara semula jadinya manusia mempunyai kemampuan untuk menguasai bahasa kerana terdapatnya sejenis alat tubuh iaitu alat untuk menguasai bahasa Language Acquisition Device (LAD). Dari sudut kognitif, kanak-kanak dapat menguasai bahasa secara berperingkat. Halliday (1975), berpendapat bahawa penguasaan bahasa merupakan satu proses aktif yang berlaku apabila kanak-kanak cuba menggunakan bahasa yang betul menerusi kemampuannya dalam membuat penelahan.
KESEDIAAN MEMBACA
Kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan perlu memiliki kesediaan untuk membaca dan belajar. Hal ini demikian kerana ramai kanak-kanak yang apabila memasuki tahun satu sudah pandai mengenal huruf dan tahu membaca. Namun sesetengah daripada mereka yang telah melebihi tahun satu masih tidak dapat membaca dan menulis dengan baik. Di sinilah akan timbulnya persoalan apakah kanak-kanak tersebut tidak mempunyai kemampuan untuk belajar membaca ataupun memerlukan masa lagi untuk belajar membaca.
No comments:
Post a Comment