Belajar menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:20), membawa maksud "berusaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu, menjalani latihan dan lain-lain. Belajar membaca merupakan suatu permulaan bagi seseorang terutamanya kanak-kanak sebelum mereka memasuki alam persekolahan untuk menuntut ilmu secara lebih formal dan lebih mendalam lagi.
Pada peringkat awal kanak-kanak biasanya didedahkan dengan kaedah Behavioristic. Kaedah Behavioristic ialah kaedah bacaan yang bersifat menghafal. Mereka diajar untuk menghafal huruf A hingga Z pada peringkat permulaan. Hal ini demikian penting kerana kanak-kanak mampu untuk mengetahui huruf serta membunyikannya dengan intonasi yang tepat. Kaedah atau cara yang sesuai untuk mengajar kanak-kanak belajar membaca perlu dilakukan bagi memastikan mereka tidak menghadapi sebarang kesukaran dalam kemahiran membaca pada peringkat permulaan dan seterusnya tidak ketinggalan pada masa pembelajaran nanti.
KAEDAH FONETIK
Antara kaedah yang boleh dilakukan dalam belajar membaca ialah kaedah fonetik. Kaedah ini merupakan kaedah membaca dengan memperkenalkan bunyi secara sistematik dan amat sesuai diajar kepada golongan kanak-kanak. Kaedah ini juga telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Otak manusia membaca dengan membunyikan huruf-huruf yang dilihat kepada bunyi-bunyi lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membunyikan huruf tersebut.
Langkah utama kaedah ini ialah kanak-kanak perlu mengetahui huruf dari segi bentuk, rupa, dan cara tulis huruf-huruf tersebut dan seterusnya mereka dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan. Kaedah ini dapat membantu kanak-kanak menyebut perkataan dengan betul dan tepat.
KAEDAH ABJAD
Selain kaedah fonetik, kaedah abjad juga boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf dan merupakan kaedah yang tertua yang pernah dilakukan semenjak zaman Kerajaan Greek dan Rom. Kamaruddin Hj. Hussin (1998:257) menyatakan bahawa kaedah ini memperkenalkan nama-nama huruf dan juga bunyi-bunyi huruf.
Belajar kaedah ini sebenarnya lebih tertumpu kepada penghafalan abjad, pembentukan suku kata, dan seterusnya aktiviti mengeja. Menghafal abjad dalam konteks ini bertujuan untuk memudahkan proses pembentukan dan pengajaran murid pada peringkat seterusnya.
KAEDAH PANDANG SEBUT
Kaedah Pandang Sebut merupakan salah satu cara belajar yang berkesan. Kaedah ini digunakan olehguru dalam mengajar murid untuk membaca dengan cara murid tersebut melihat dan menyebut sesuatu bahan bacaan. Menurut Wan Chik (1993:184), kaedah ini dijadikan sebagai asas untuk mengajar murid-murid dalam membaca kerana wadah ini memperkenalkan perkataan kepada murid dan bukannya huruf atau suku kata.
KAEDAH SQ3R
Kaedah SQ3R juga digunakan dalam proses belajar membaca. Hal ini demikian penting kerana dapat memastikan bahan bacaan yang dibaca sentiasa diingati. Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Francis P. Robinson pada tahun 1941 dan kini menjadi antara kaedah membaca yang popular.
Terdapat lima langkah dalam kaedah SQ3R ini. Antaranya ialah:
i) SURVEY
ii) QUESTION
iii) READ
iv) RECITE
Sebelum membaca, pembaca perlulah meneliti survey bacaan untuk mendapatkan gagasan umum tentang apa yang akan dibaca nanti. Pada peringkat ini, pembacaan dilakukan dalam beberapa minit sahaja tetapi secara sistematik dan mencari idea-idea yang penting sahaja. Pembacaan peringkat survey boleh dilakukan dengan memerhatikan tajuk buku, nama penulis dan tahu terbitnya bagi memudahkan langkah pembacaan seterusnya.
Pembacaan kedua ialah Question, iaitu persoalan demi persoalan mengenai perkara yang ingin dicari akan timbul semasa pembaca berada di peringkat survey malah akan menimbulkan persoalan yang lebih mendalam. Hal ini demikian kerana, pembaca akan membaca dengan lebih aktif dan lebih mudah memahami bahan bacaan tersebut (Adenan Ayob & Abdullah Yusof, 2010).
Peringkat seterusnya ialah Read iaitu pembacaan yang dilakukan secara kritis dan megikut urutan-urutannya. Pada peringkat ini, pembaca disarankan untuk mencari jawapan bagi persoalan-persoalan yang timbul dalam bahan bacaan tersebut. Peringkat keempat ialah Recite iaitu pembaca perlu membuat catatan dan sekirannya pembacaan tersebut masih lagi tidak jelas, maka pembaca tersebut perlu membaca semula bacaan tersebut.
Peringkat terakhir ialah Review, iaitu pembaca disarankan untuk mengulangi pembacaan terhadap topik-topik atau idea-idea penting untuk memastikan pembacaan tersebut diingati. Menurut Adenan Ayob (2010), pada peringkat ini, proses pembacaan akan menjadi lebih baik dan lebih memahami bahan bacaan tersebut.
Kesimpulannya, kaedah belajar membaca yang dinyatakan di atas itu perlu dilaksanakan dengan teratur supaya tidak wujud sebarang masalah semasa pengajaran bermula. Kaedah belajar membaca bagi murid yang lebih dewasa berbeza dengan murid pada tahap awal pembelajaran. Oleh itu, guru perlulan memilih kaedah yang sesuai dengan keperluan murid-murid mereka.

No comments:
Post a Comment