Hal ini bermaksud, petikan merupakan aspek yang penting apabila mereka dapat menjawab semua soalan pemahaman yang berkaitan atau menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat membuktikan bahawa mereka telah memahami petikan dengan jelas. Hal ini sepadan dengan pengertian yang diutarakan oleh Safiah Othman (1991) iaitu selagi seseorang itu tidak memahami apa yang dibacanya, maka dia masih belum menguasai dan memahami apa yang dibaca olehnya itu. Pengertian ini bermaksud makna terhadap bahan yang dibaca adalah penting bagi mengatakan bahawa seseorang itu berkebolehan untuk membaca dan mempunyai kemahiran yang mencukupi dalam membaca.
Penilaian Kemahiran Membaca
Ia merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis pengujian.Kemahiran mem,baca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat dengan lancer serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara krirtis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
Ciri-ciri Penilaian Membaca:
1. Merupakan satu proses yang berterusan.
2. Menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang.
3. Penilaian menghendaki sampel kerja ,murid yang mencukupi.
4. Boleh dilakukan secara penilaian dengan sendiri.
5. Terbuka dan tiada batasan.
6. Teknik penilaian seharusnya member peluang kepada murid merasai perubahan tingkah laku yang ingin dicapai oleh mereka.
Matlamat dalam Penilaian Kemahiran Membaca dibahagikan kepada tiga:
1. Matlamat Persepsi.
2. Matlamat Kognitif.
3. Matlamat Afektif.
Matlamat Persepsi:
1.Dalam penilaian, murid-murid harus prihatin terhadap kebolehubahan.
2.Mereka boleh menyesuaikan kadar membaca dan peka terhadap sesuatu
konsep perkataan.
Matlamat Kognitif:
1.Untuk mencapai matlamat ini dalam penilaian,keprihatinan harus ditumpukan terhadap jenis aras pemukiran yang digunakan semasa membaca.
Matlamat Afektif:
1. Penilaian ini harus menimbulkan perasaan dan sikap murid terhadap bahan yang dibaca.
2. Murid-murid dinilai secara berterusan dengan jujur dan adil agar pelajar dapat mengalami setiap aras kesukaran iaitu dari mudah kepada kompleks.
Proses Penilaian Membaca dibahagikan kepada tiga:
1. Mengenal pasti idea keseluruhan.
2. Mengenal idea utama dan sokongan.
3. Membuat ramalan dan kesimpulan.
Mengenal pasti idea keseluruhan:
a. Mesej utama yang disampaikan penulis.
b. Mengesan pandangan, pendapat ,emosi penulis.
c. Kenal pasti prinsip penulisan:
-Pengelasan mengikut kronologi.
- Pengelasan mengikut hierarki.
- Pengelasan mengikut ciri-ciri.
Mengenal idea Utama dan Keterangan:
a. Idea Utama.
-satu atau lebih idea utama.
-satu idea utama dalam satu perenggan
b. Sokongan
-Huraian atau keterangan yang menyokong idea utama.
-Disertai dengan contoh-contoh.
Membuat Ramalan dan Kesimpulan:
a. Dibuat sesudah pembaca mengesan isi tersirat.
b. Mesti baca dan teliti seluruh teks.
c. Tidak semestinya disokong dengan contoh dan keterangan.
d. Lahir daripada resolusi dan kefahaman pembaca.
Secara kesimpulan, penilaian kemahiran membaca juga dianggap sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ianya adalah penting bagi tujuan mengesan tahap kemajuan atau pencapaian kemahiran membaca bagi setiap murid-murid.
No comments:
Post a Comment